Friday, October 30, 2009
Thursday, October 29, 2009
Alhamdulillah
Syukur ke hadrat ilahi kerana dapat menulis semula........
Pagi ini, Jumaat, 30 Oktober 2009 aku bersembahyang subuh di masjid berdekatan dengan rumah. Imam baca surah sajdah dan ad dahr. Tapi bacaannya tunggang langgang. Serba salah dibuatnya sama ada nak mufarakah atau tidak. Patutnya tak payahlah imam itu baca surah-surah tersebut kalau bacaan tak lancar. Di Mekah pun masa aku menunaikan fardhu haji dulu, sekali aja imam baca surah tersebut sepanjang berada di sana. Kita di sini seolah-olah dah wajib pulak surah tersebut dibaca setiap minggu. Lepas salam dan doa imam mendekati aku minta supaya berada dekat dibelakangnya apabila bersembahyang kerana suara aku semasa menegur bacaannya kurang jelas. Aku ni sebenarnya malu nak tegur, maklumlah bacaan aku bukannya baik sangat. Ilmu pun tak tinggi mana.

Subscribe to:
Posts (Atom)